Masalah Ink Dalam Tiub – Canon MP287

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Masalah ink dalam tiub tidak mengalir dengan sempurna pada printer Canon MP287. Printer Canon MP287 memang sejenis printer yang agak tahan lasak. Dan harga pasaran semasa untuk pencetak canon MP287 tidak banyak bezanya. Dulu, kini dan mungkin untuk selama-lamanya. Haha.

Printer Canon MP287
Sumber : Google

Kebanyakan pengguna telah membuat pengubahsuaian pada printer ini dengan meletakkan tangki yang mana mampu menjimatkan lagi penggunaan dakwat.

Disebabkan oleh faktor harga dakwat yang mahal, meletakkan tangki merupakan satu pilihan yang tepat. Walaupun perbuatan ini tidak digalakkan. Haha. Pengguna sanggup mengambil risiko apabila warranty printer akan “VOID” secara automatik selepas ia diubahsuai.

“Ada mereka kesah???”

Jadi hari ni, kami terima kes yang mana dakwat dalam tiub tidak mengalir dengan sempurna.

masalah ink dalam tiub
Dakwat dalam tiub sudah kosong

Selepas kami check, rupanya berpunca daripada masalah dakwat itu sendiri. Kadang-kadang bila dakwat (Catridge) problem, dia tak mampu nak sedut ink ke dalam tiub dengan sempurna.

Walaupun dah buat “CLEANING” banyak kali, result dia tetap sama.

Cara penyelesaian, tukar cartridge tersebut dan baiki semula sistem pengudaraan dakwat dalam tiub.

Hasilnya.....
Hasilnya…..

Alhamdulillah…

Customer gembira kami pun bahagia. Jadi, jangan segan, jangan silu untuk dapatkan perkhidmatan kami. Jom singgah ke kedai kami yang beralamat :

Joe and JC Services,
No 359 Tingkat Bawah,
Jalan Pasar Baharu,
22000 Jerteh, Terengganu.

Tak jumpa? Google maps kan ada. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *